Melaka dikenali sebagai sebuah negeri yang mendahului dari segi kajian dan kemajuan di dalam industri bioteknologi, perubatan, perniagaan, sains, teknologi dan komuniti industri. Sumber semulajadi Melaka terletak di Barat Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Selat Melaka. Ianya terletak di antara Negeri Sembilan dan Johor,dan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin. Negeri Melaka adalah tanah yang popular dengan pelbagai populasi seperti Melayu, Cina, India, Peranakan, Chitty, Portugis, dan juga Urasia. Populasi ini memberikan kesan yang besar di dalam meningkatkan kekayaan percampuran budaya, termasuklah dari segi pemakanan. Pada zaman kegemilangan Melaka dahulu, Melaka menjadi bandar yang maju dalam dua cabang iaitu industri dan perlancongan. Melaka telah berjaya menarik pelabur-pelabur luar dari seluruh negara untuk melabur dan bekerjasama dalam pelbagai jenis industri. Ini juga memberikan kesan yang besar dan kejayaan luar biasa dimana lebih daripada 500 pekilangan dan pemaju-pemaju kilang dari Singapura, Jepun, Taiwan, Jerman, Amerika Syarikat, dan banyak lagi telah menetapkan kilang-kilang mereka di Melaka. Ia telah menawarkan peluang yang luas dalam pekerjaan dan pengetahuan kepada masyarakat kita dan ianya juga boleh membawa kearah pencapaian Melaka pada tahun 2010. Selain daripada kemajuan ekonomi dan perlancongan Melaka, sistem pendidikan yang terkini juga merupakan faktor utama didalam kejayaan Melaka. Pendidikan dan teknologi maklumat memainkan peranan didalam meningkatkan perkembangan kemajuan Melaka di Bandar ini. Sebagai negeri yang pesat membangun, kerajaan Melaka memberikan sokongan penuh di dalam sistem pendidikan negeri ini di mana ia akan meneruskan usaha bagi meningkatkan sistem pendidikan dan pembelajaran melalui teknologi multimedia yang canggih. Selain dari itu juga, dengan adanya program pendidikan luar negara, beberapa pelajar luar juga akan tertarik untuk menyambung pelajaran di Melaka kerana sistem pendidikan di sini menyediakan institusi-institusi yang mencukupi dan memadai. |