Rekreasi dan Pelancongan AGRO Hari ini berbeza dari semalam. Sektor pertanian telah diusahakan sejak bertahun-tahun dan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negeri ini. Perlancongan Eco-Agro adalah tarikan tambahan yang menyeronokkan kepada negeri Melaka yang menarik ini. Pengunjung yang datang membuat lawatan di sekitar negeri ini adalah digalakkan untuk singgah dahulu ke Taman Rekreasi Melaka, Taman Pertanian dan Ladang, di mana pengunjung akan dapat merasai pengalaman pertama yang menarik tentang alam fauna kita. Tambahan pula, menghabiskan masa lapang dengan menikmati kehijauan alam daripada pelbagai taman dan ladang merupakan aspek yang tidak sepatutnya dilepaskan kerana terdapat kemudahan dengan kepelbagaian chalet yang selesa dan perkhemahan.Membeli-belah Melaka adalah Bandar yang terkenal sebagai status syurga perdagangan dengan cara yg baru dan unik. Melaka telah membentuk sebuah empayar perdagangan yang hebat dari dahulu hinggalah sekarang dan telah menyediakan pelbagai pusat membeli-belah untuk pengunjung. Melaka mempunyai pelbagai tempat membeli-belah yang menunjukkan perbezaan dari segi membeli-belah secara moden hinggalah pasaraya besar, dari rumah kedai hinggalah butik, dari pusat kraftangan hinggalah kedai antik dan akhir sekali dari kedai persisiran jalan hingglah ke pasar malam. Tempat-tempat sebegini akan memberikan pengunjung pengalaman yang menyeronokan dan berbaloi. Kita amat pasti bahawa Melaka adalah syurga membeli-belah, yang akan menarik pandangan pertama anda. Membeli-belahlah sepuas-puas hati anda!!
Sukan & Rekreasi Jika anda dapat memahami informasi yang disediakan mengenai sukan dan rekreasi, kami percaya bahawa, anda pasti tidak akan melepaskan apa saja aktiviti yang disediakan di Melaka. Melaka menyediakan aktiviti yang tidak berpenghujung seperti Taman Rimba, Taman Tema, Ladang Haiwan, Resort Bukit, malah pulau-pulau untuk pengunjung. Anda dapat menghabiskan masa lapang anda dengan bermain golf di tempat golf yang mencabar, sukan air, sukan tradisional di sekitar Melaka bersama keluarga dan rakan-rakan semasa anda disini.Melaka sebagai Rumah Kedua
Kerajaan secara meluasnya telah memperkenalkan sebuah program istimewa untuk orang asing yang telah menyatakan hasrat mereka untuk tinggal di Melaka untuk jangka masa yang panjang dan mungkin yang ingin bersara di sini. Program Melaka sebagai Rumah Kedua ditawarkan kepada masyarakat luar negara di seluruh pelusuk dunia bersama keluarga mereka tanpa mengira umur, bangsa, agama dan jantina. Melaka adalah negeri yang ideal dengan pertumbuhan yang konsisten, politik yang stabil, perkauman yang harmoni dengan masyarakatnya yang peramah, sama sekali akan menyediakan kediaman yang berkualiti disini. Terdapat beberapa syarat, yang perlu dipatuhi sebelum menyertai program ini, dimana sebagai warga asing adalah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya deposit tetap sebanyak RM150,00.00 pada mana-mana akaun tetap di mana-mana bank di Malaysia, gaji bulanan sebanyak RM7,000.00 untuk yang masih bujang, dan RM10,000.00 untuk pasangan yang dah berkahwin. Walaubagaimanapun, bagi pemohon yang berumur 50 tahun ke atas, hanya perlu memenuhi satu kriteria sahaja. Laporan kesihatan adalah salah satu daripadanya, dimana ia perlu di sahkan oleh mana-mana Hospital yang diiktiraf di Malaysia. SEBAB UNTUK MENETAP DI MELAKA Sokongan Kerajaan Program Melaka sebagai Rumah Kedua dikelolakan secara rasmi dan disokong penuh oleh kerajaan Negeri Melaka dan oleh itu warga luar negara tidak perlu berasa risau akan kestabilan program ini dimana kerajaan secara terus-menerus akan memastikan kejayaan program ini. Geografi Melaka terletak di Selatan-Barat Semenanjung Malaysia, menghadap Selat Melaka. Ia mempunyai lokasi yang strategik dimana Lebuhraya Utara-Selatan membenarkan para pengunjung melalui kemudahan perjalanan melalui lebuhraya, dari mana-mana negeri untuk ke Melaka. Ia mengambil masa kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur dan hanya 3 jam dari Singapura. Standard Penginapan Melaka adalah sebuah negeri yang idealistik dengan menyediakan penginapan berstandard tinggi dengan infrastruktur dan kemudahan yang moden. Iklim Melaka umumnya mempunyai cuaca panas dan cerah dengan tahap hujan sekata sepanjang tahun. Suhunya di antara 23 C hingga 33 C dengan tahap kelembapan sekitar 82%. Penduduk Melaka mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Urasia, Baba dan Nyoya, Portugis dan lain-lain. Melaka juga terkenal dengan penduduknya yang berbudi bahasa, bersopan santun, dan akan sentiasa memberi pertolongan pada anda yang memerlukan. Kemudahan Perubatan Melaka menyediakan perkhidmatan perubatan seperti negara-negara maju yang lain. Selain daripada Hospital Kerajaan, terdapat juga pusat perubatan pakar swasta disediakan untuk perkhidmatan rawatan pada orang awam. Anda boleh pergi ke lebih 100 klinik yang diuruskan oleh doctor-doktor yang diiktiraf dan juga hospital serta klinik swasta untuk perkhidmatan rawatan bagi penyakit yang sama. Kami hanya ingin memastikan bahawa anda akan pulih dengan perkhidmatan rawatan yang terbaik di sini Pendidikan Melaka amat menitik beratkan dalam memperkukuhkan lagi sistem pendidikannya dan akan meneruskan usaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk orang awam dengan teknologi multimedia yang canggih. Walaupun Melaka adalah sebuah negeri yang kecil, namun ianya mempunyai ruang yang luas untuk meneruskan pengajian di beberapa buah universiti, sekolah-sekolah kebangsaan, kolej-kolej teknikal, kolej medical, dan juga sekolah-sekolah agama. Makanan Melaka adalah syurga makanan terkenal dengan pelbagai makanan tradisional dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Portugis, Nyonya dan pelbagai lagi. Anda tentunya tidak dapat melepaskan peluang dengan mencuba pelbagai masakan yang mengambarkan asal usul makanan-makanan dari pelbagai kaum ini dari negeri Melaka ini. Anda boleh mendapatkan makanan yang lazat ini di mana-mana gerai dan juga restoran-restoran yang terdapat di Melaka ini. Kediaman |