Sejumlah 272 tempat duduk disediakan di auditorium aras 1 MITC ini. Ianya turut dilengkapi dengan sistem bunyi dan pencahayaan bersama-sama dengan skrin 14’ x 12’. Dimensi bagi auditorium ini ialah 34m x 17m dengan ketinggian 3m. Auditorium ini juga sesuai untuk diadakan persidangan yang bersaiz sederhana, persembahan teater dan muzikal, majlis konvokesyen dan acara penyampaian anugerah.
|