Terdapat sebanyak 8 bilik mesyuarat yang bertempat di aras 1 dengan 3 daripadanya mempunyai pembahagi yang boleh dialih dan mampu menjadikan ruang mesyuarat lebih besar daripada sebelumnya. Setiap satu bilik mempunyai keluasan 8.5m x 17m dengan ketinggian 3.6m. Kesemua bilik mesyuarat ini mampu menempatkan pelbagai jenis kegunaan seperti mesyuarat, persidangan seminar ataupun makan malam. Kesemua bilik mesyuarat ini mempunyai kemudahan yang mencukupi termasuklah sistem audio-visual yg luas, sistem teater, dan sistem pencahayaan termasuklah ISDN berserta kemudahan internet.
|