Kawasan lobi yang bertempat di aras bawah MITC dengan berkeluasan 2167.5m² mampu untuk menempatkan pameran kecil yang boleh memuatkan 40 buah gerai pameran (3m x 3m untuk satu gerai). Tambahan pula, lobi MITC adalah ruang untuk kami berurusan dengan klien yang menginginkan suasana terbuka. Ruangan ini juga mampu menjadi tumpuan untuk syarikat yang berminat untuk membuat sebarang iklan dan promosi mengenai produk dan servis kerana MITC adalah lokasi yang strategik untuk memperluaskan perniagaan.
|