Kemudahan Teknologi

TELEKOMUNIKASI
Pusat di mana anda boleh melayari internet pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan alat-alat telekomunikasi yang canggih melalui Wi-Fi. Kami menawarkan teknologi komunikasi jalur lebar untuk keseluruhan bangunan MITC tanpa mengenakan sebarang bayaran. Dengan kemudahan internet dan ISDN, 200 penyambungan PABX sistem dan fibre optics, anda boleh melayari di mana-mana kawasan di kesuluruhan bangunan. Tambahan lagi, kami sentiasa memberi bantuan kepada penganjur dengan kemudahan telekomunikasi dan perkhidmatan bantuan.

AUDIO VISUAL DAN TEKNIKAL
MITC dilengkapi dengan teknologi audio visual terkini dengan kelebaran video yang luas dan infrastruktur data kabel. Ianya juga dilengkapi dengan peralatan video yang berkualiti dan audio visual profesional untuk membantu dalam sebarang persidangan, seminar, pembentangan dan drama teater. Dengan kemudahan yang serbaguna, kami telah membina skrin yang dilengkapi dengan data dan signal kabel dan sistem pencahayaan teater yang mana sesuai untuk sebarang pembentangan.

KESELAMATAN

Unit keselamatan kami terdiri daripada kakitangan yang terlatih dan memahami struktur dan sistem di MITC. Mereka bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan keamanan, pengawasan lalulintas dan pencegahan kebakaran. Mereka dilatih untuk menghadapi sebarang situasi dan menyediakan perkhidmatan 24 jam di kawasan MITC untuk mengelakkan daripada sebarang jenayah ataupun kecemasan seperti melawan kebakaran dan peti keselamatan.