Kata-kata Pengerusi

Datuk Wira Amid Bin Nordin

Melaka merupakan permulaan sejarah bagi Negara Malaysia dan sebuah Bandar yang kaya dengan sejarah kebudayaan dan keseniannya yang tersendiri. Melaka sedang berkembang maju di dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai sebuah destinasi utama untuk perniagaan dan juga perlancongan utama untuk keluarga dan rakan taulan. Kombinasi Melaka sebagai negeri yang terkenal dengan sejarahnya yang masyur dan kedinamikan kontemporari banyak menyumbang di dalam mempengaruhi pesona sosial dan pertumbuhan ekonomi untuk negara kita. Saya amat yakin bahawa setiap pelancong yang menjejakkan kaki mereka di sini, sudah pastinya akan meninggalkan kenangan yang manis pada mereka apabila meninggalkan negeri ini.

Melalui web ini, disediakan panduan dan maklumat lengkap sebagai rujukan malah ianya sangat berguna pada pelancong dan juga mereka yang terlibat di dalam dunia perniagaan. Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki mereka di negeri yang bersejarah ini, direktori ini pastinya sangat berguna dan dapat memberikan informasi yang penting buat mereka yang ingin memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kepelbagaian budaya, kaum serta masyarakat Melaka yang unik.

Dengan meluangkan masa anda membaca direktori ini, sudah pastinya akan membawa anda kembali pada sejarah lama, ketika zaman peperangan dan pertumpahan darah yang sekaligus telah membentuk negeri ini kaya dengan pelbagai budaya, bangsa dan kaum. Tambahan lagi, ia  akan membantu anda untuk lebih mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang kehebatan sejarah Melaka dengan adanya struktur warisan yang unik, kepelbagaian masakan yang tidak dapat diperoleh di mana-mana  tempat di dunia ini, malah taraf kualiti hidup yang melambangkan masyarakat disini serta kemudahan infrastruktur  yang baik akan pastinya membuat anda terpegun.

Melaka sememangnya tempat yang sesuai untuk menjalinkan lebih banyak hubungan  perniagaan dengan kepelbagaian  peluang perniagaan, serta sebagai pusat utama di dalam penghasilan keuntungan dengan caranya yang tersendiri.. Melaka juga merupakan destinasi MICE yang ideal dimana Melaka Internatioanal Trade Centre (MITC) merupakan salah sebuah pusat perdagangan yang terunggul di negara ini dengan mengfokuskan pada sektor perniagaan samada di dalam negeri mahupun di luar negara.

Di dalam direktori ini juga banyak mengutarakan tentang kegemilangan 12 sektor kecil Pelancongan Melaka yang banyak menyediakan pelbagai informasi dan maklumat untuk kemudahan pelancong. Ini pastinya dapat menceriakan lagi hari pelancong di sini dengan edisi mudah difahami, sekaligus dapat menarik minat setiap pelancong untuk berkunjung di negeri ini. Dengan ini saya dengan sukacitanya berharap agar direktori ini dapat mendorong dan membantu anda untuk mengenali Melaka dengan lebih mendalam lagi .

Di sini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Melaka Internatioanal Trade Centre di atas segala komitmen serta usaha mereka tanpa mengira masa di dalam mempromosikan negeri Melaka secara meluas disamping menjadikan Melaka sebagai pusat MICE terkemuka di Malaysia.

“MELAWAT MELAKA BERERTI MELAWAT MALAYSIA”


Datuk Wira Amid Bin Nordin