Profile MITC

Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah dibuka oleh Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd. Rustam pada Jun 2003. Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) adalah satu pusat perdagangan yang terunggul dan pusat MICE (meetings, Incentives, convention, and Exhibitions) yang memainkan peranan penting dalam pembangunan perdagangan  dan mencapai impian Melaka Maju 2010. Dengan perkembangan dan kewujudan dalam perusahaan MICE, kami yakin bahawa masyarakat Melaka umumnya dapat manfaat dengan aktiviti serta acara yang berlangsung di MITC.

Pembentukan MITC di “Satellite Town” Ayer Keroh oleh kerajaan Negeri Melaka adalah sebagai salah satu pusat perdagangan dan perkhidmatan. Ia adalah satu kawasan yang sedang giat diperkembangkan dan ianya terletak di kawasan yang strategik serta senang untuk didatangi pengunjung dari arah luar Bandar, bandaraya dan negeri lain dengan menggunakan lebuhraya utara-selantan.

Kerajaan negeri Melaka telah memperluaskan daerah ini dengan pelbagai perdagangan dan perkhidmatan aktiviti contohnya: Bandar Makanan, Bandar ICT, Bandar Fesyen, Hotel penginapan, rumah pangsa, kompleks persekutuan dan kerajaan, perhentian bas dan teksi, masjid serta komplek sukan.

Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang berprestij ini adalah satu MICE yang memberi perkhidmatan antarabangsa dan kebangsaan berserta peralatan dan perkhidmatan yang lengkap. Seni bina yang menakjubkan itu mampu memunggah serta mudah membawa keluar masuk barang pameran disamping itu ia juga mempunyai dewan pameran terluas di Bandar Melaka.

 

MITC berpengalaman dalam mengadakan konvensyen dan pameran melibatkan agensi kebangsaan dan antarabangsa setiap tahun. Ia berupaya mengadakan pameran yang besar seperti 1st Malaysia World Art Tourism Expo 2006, Consumer Fair 2006, Melaka International Tourism Show 2006, 24th Conference of Rulers Dinner (Mesyuarat Majlis Raja-Raja), Melaka International Trade Investment Fairs 2006, Satu Daerah Satu Industri, konvokesyen dan seminar.