BAGAIMANA HENDAK KE BANDAR MELAKA
Samada memandu sepanjang perjalanan, berjalan kaki di tepi jalan, ataupun berbasikal di bawah sinaran matahari, ia merupakan sesuatu yang sangat ideal untuk menikmati keunikan Bandaraya Melaka Bersejarah. Melaka merupakan lokasi sempurna yang terletak diantara kedua-dua negeri yang menyediakan kemudahan pada pelancong untuk perjalanan mereka dari KLIA ( Lapangan Tebang Antarabangsa Kuala Lumpur ) ke Melaka melalui lebuhraya utara-selatan dimana ianya hanya mengambil masa selama 90 minit. Bandar Melaka telah menarik pelancong dari Kuala Lumpur dan juga dari negeri Johor dimana perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa selama 2 jam manakala Johor pula mengambil masa selama 2 setengah jam. Pelancong juga dapat menikmati keindahan alam kita sepanjang perjalanan mereka melalui lebuh-raya utara selatan. Dengan kecantikan tanaman hijau dan juga lanskap tumbuh-tumbuhan tropikal dapat memberikan ketenangan kepada pelancong sepanjang perjalanan atau pemanduan di lebuhraya. Bagi mereka yang melancong jarak jauh, dapat memberikan kepuasan dan mereka boleh berhenti rehat, mengisi minyak, dan merancang perjalanan kehadapan di sepanjang tempat rehat awam yang disediakan.
DARI UTARA (Kuala Lumpur)
Dua pintu tol yang terakhir :-
- Tol Pedas/Linggi ke Tampin/Tol Alor Gajah ke Tol Ayer Keroh
DARI SELATAN (Johor Bahru)
Dua pintu tol yang terakhir :-
- Tol Muar/Pagoh ke Tol Tanggak ke Tol Ayer Keroh.
Lebuhraya Utara-Selatan mempunyai beberapa jalan perhubungan untuk ke Tol Keluar dimana ianya boleh melalui Tol Ayer Keroh dan dari sana anda boleh meneruskan perjalanan anda dengan bantuan papan tanda yang menunjukkan perjalanan anda ke Melaka International Trade Centre (MITC).
Walaupun Melaka terletak di sebuah Bandar yang sedang membangun namun ianya dimudahkan dengan pelbagai pengangkutan awam untuk kemudahan pengguna.
MELALUI TEKSI
MITC mudah didatangi melalui perkhidmatan teksi di Melaka International Trade Centre dan juga dari Hotel-hotel terkemuka, kompleks membeli-belah, dan juga dari Melaka Sentral.
MELALUI BAS
Sebagai salah satu jenis pengangkutan awam yang utama, bas-bas boleh didapati di hadapan Pusat Konvensyen, dimana bus-bus akan melalui di sini setiap 45 minit dari MITC ke Melaka Sentral.
|